40 tahun.

MASA NABI ISA MEMERINTAH BUMI SETELAH TURUN DARI LANGIT

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3634690563256915&id=100001480210614

SOALAN :

Ada hadith yang sebut Nabi Isa akan tinggal di bumi selama 40 tahun dan ada hadith yang lain menyebut selama 7 tahun sahaja.

Mohon penjelasan dari ustaz mana satu yang sahih?

JAWAPAN :

Hadith yang menyebut Nabi Isa a.s. tinggal di bumi selama empat puluh tahun dan hadith yang menyebut selama tujuh tahun selepas turun dari langit adalah hadith yang sahih keduanya.

Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Nabi saw telah bersabda :

يَلْبَثُ أَرْبَعِينَ سَنَةً , ثُمَّ يُتَوَفَّى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , وَيُصَلِّي عَلَيْهِ الْمُسْلِمُونَ

Artinya : “Akan hidup Nabi Isa a.s. selama empat puluh tahun kemudian baginda diwafatkan dan sembahyang atasnya oleh sekelian Muslimun.” (Hadith riwayat Abu Daud dan Ahmad dan Ibnu Hibban dan lainnya)

Dan diriwayatkan pula daripada Abdullah bin ‘Amr r.a. Nabi saw telah bersabda :

أَنَّهُ يَمْكُثُ فِي الْأَرْضِ سَبْعَ سِنِينَ

Artinya : “Sungguhnya Nabi Isa a.s. tinggal di bumi selama tujuh tahun.” (Hadith riwayat Imam Muslim)

Para ulamak telah menghimpunkan kedua hadith ini dengan makna usia Nabi Isa a.s. sebelum diangkat ke langit ialah tiga puluh tiga tahun dan selepas turun semula ke bumi selama tujuh tahun maka jadilah jumlah usia baginda ialah empat puluh tahun.

Berkata Imam Ibnu Kathir :

اللَّهُمَّ إِلَّا أَنْ تُحْمَلَ هَذِهِ السَّبْعُ عَلَى مُدَّةِ إِقَامَتِهِ بَعْدَ نُزُولِهِ ، وَيَكُونُ ذَلِكَ مَحْمُولًا عَلَى مُكْثِهِ فِيهَا قَبْلَ رَفْعِهِ مُضَافًا إِلَيْهِ ، وَكَانَ عُمْرُهُ قَبْلَ رَفْعِهِ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ سَنَةً عَلَى الْمَشْهُورِ ، وَهَذِهِ السَّبْعُ تَكْمِلَةُ الْأَرْبَعِينَ ، فَيَكُونُ هَذَا مُدَّةَ مُقَامِهِ فِي الْأَرْضِ قَبْلَ رَفْعِهِ وَبَعْدَ نُزُولِهِ

Artinya : “Bahawasanya ditanggung akan pengertian tujuh tahun itu atas kadar tinggalnya di bumi selepas turunnya. Dan jadilah yang demikian itu yang ditanggungkan atas tinggalnya pada bumi sebelum angkat ke langit disandarkan kepadanya. Dan adalah usianya sebelum diangkat ke langit ialah tiga puluh tiga tahun atas pendapat yang masyhur. Dan tujuh tahun itu menyempurnakan akan empat puluh tahun. Maka jadilah ini (empat puluh tahun) masa tinggalnya di bumi sebelum angkat ke langit dan selepas turunnya ke bumi.” (Kitab Al-Bidayah Wa An-Nihayah)

Dan berkata Syeikh Ibnu Hajar :

يُقيم سبع سِنِين ، كَمَا صَحَّ فِي حَدِيث مُسلم. وَلَا يُنَافِيهِ حَدِيث الطيالسي أَنه يُقيم أَرْبَعِينَ سنة. لِأَن المُرَاد مَجْمُوع لبثه فِي الأَرْض قبل الرّفْع وَبعده؛ فَإِنَّهُ رفع وَسنه ثَلَاث وَثَلَاثُونَ سنة “.انتهى، من “فتاويه

Artinya : “Tinggal Nabi Isa a.s. selama tujuh tahun sebagaimana terang pada hadith Muslim. Dan tidaklah berlawan dengan hadith At-Toyalisi baginda tinggal selama empat puluh tahun dari kerana sungguhnya yang dikehendaki ialah himpunan masa tinggalnya di bumi sebelum angkat ke langit dan selepasnya. Maka sungguhnya ketika Nabi Isa a.s. diangkat ke langit usianya ialah tiga puluh tiga tahun.” (Kitab Fatawa Ibnu Hajar)

Kesimpulannya hadith yang menyebut Nabi Isa a.s. tinggal di bumi selama empat puluh tahun tidak berlawanan dengan hadith yang menyebut baginda tinggal selama tujuh tahun dari kerana yang dimaksudkan dengan empat puluh tahun itu ialah dicampur usia Nabi Isa sebelum diangkat ke langit dan selepas turun ke bumi.

Ketika diangkat ke langit usia baginda ialah tiga puluh tiga tahun dan selepas baginda turun ke bumi di akhir zaman nanti baginda sempat hidup selama tujuh tahun maka jadilah jumlah kesemua usia yang dilalui oleh baginda di bumi ialah empat puluh tahun.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Advertisement