Sajak.

*Sajak Mursyid untuk dibacakan pada hari Khamis 17hb Jun 2021*

*Renunglah Selalu Hati Kita*

Renunglah selalu hati kita.
Kerana ia merupakan sumber kebaikan dan kejahatan.
Wadah kekufuran dan keimanan.
Rebutan di antara malaikat dan syaitan.
Hati perasaannya halus.
Sentuhannya tiada terasa.
Tapi sangat memberi kesan di dalam kehidupan kita.
Siapa yang arif perjalanan hatinya.
Faham kebaikan dan kejahatannya.
Bersungguh-sungguh bermujahadah membuang kejahatannya.
Diganti segera dengan kebaikan,
orang itu akan selamat dari tipu daya syaitan dan dunia.
Ramai orang tidak faham perjalanan hatinya, sekalipun ulama.
Terima sahaja yang baik dan yang buruknya.
Kemudian merasakan baik semuanya.
Tiada terasa lagi membuat dosa.
Di sinilah perlu pimpinan guru yang mengenal hati manusia.

Selepas Subuh
*19.11.1998*

Rasmi.

Sidang media Dewan Senat di Capitol Hill of America, para Senator secara rasmi mengumumkan bahawa terdapat penipuan dalam pandemik Covid-19…

Berikut video penuh sidang media tersebut yang diadakan pada 16 Jun 2021 (waktu Amerika)…

https://t.me/MalayaCyberForce/4212

Rasmi!…Dewan Senat USA hari ini mengumumkan, Covid-19 adalah satu penipuan!!!…Media telah menutup kebenaran, Big Pharma ( Pengeluar Vaksin ). Big Tech ( Facebook, YouTube Microsoft, Twitter dll). Big Media ( CNN, BBc etc ). WHO dan lain-lain pengkhianat akan dipertanggungjawabkan atas perkara ini.

Semoga Majlis Raja-Raja yang sedang bersidang pada 16 Jun 2021, juga sebulat suara menolak segala kepalsuan PKP, SOP, dan Vaksinisasi Covid-19, sebagaimana keputusan tegas Majlis Raja-Raja menolak ICERD…

Berita ini benar benar besar dan mengejutkan..

Sila kongsikan…

Daulat Tuanku.

Wallahua’lam. Allahu Akbar.

@MalayanCyberForces

40 tahun.

MASA NABI ISA MEMERINTAH BUMI SETELAH TURUN DARI LANGIT

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3634690563256915&id=100001480210614

SOALAN :

Ada hadith yang sebut Nabi Isa akan tinggal di bumi selama 40 tahun dan ada hadith yang lain menyebut selama 7 tahun sahaja.

Mohon penjelasan dari ustaz mana satu yang sahih?

JAWAPAN :

Hadith yang menyebut Nabi Isa a.s. tinggal di bumi selama empat puluh tahun dan hadith yang menyebut selama tujuh tahun selepas turun dari langit adalah hadith yang sahih keduanya.

Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Nabi saw telah bersabda :

يَلْبَثُ أَرْبَعِينَ سَنَةً , ثُمَّ يُتَوَفَّى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , وَيُصَلِّي عَلَيْهِ الْمُسْلِمُونَ

Artinya : “Akan hidup Nabi Isa a.s. selama empat puluh tahun kemudian baginda diwafatkan dan sembahyang atasnya oleh sekelian Muslimun.” (Hadith riwayat Abu Daud dan Ahmad dan Ibnu Hibban dan lainnya)

Dan diriwayatkan pula daripada Abdullah bin ‘Amr r.a. Nabi saw telah bersabda :

أَنَّهُ يَمْكُثُ فِي الْأَرْضِ سَبْعَ سِنِينَ

Artinya : “Sungguhnya Nabi Isa a.s. tinggal di bumi selama tujuh tahun.” (Hadith riwayat Imam Muslim)

Para ulamak telah menghimpunkan kedua hadith ini dengan makna usia Nabi Isa a.s. sebelum diangkat ke langit ialah tiga puluh tiga tahun dan selepas turun semula ke bumi selama tujuh tahun maka jadilah jumlah usia baginda ialah empat puluh tahun.

Berkata Imam Ibnu Kathir :

اللَّهُمَّ إِلَّا أَنْ تُحْمَلَ هَذِهِ السَّبْعُ عَلَى مُدَّةِ إِقَامَتِهِ بَعْدَ نُزُولِهِ ، وَيَكُونُ ذَلِكَ مَحْمُولًا عَلَى مُكْثِهِ فِيهَا قَبْلَ رَفْعِهِ مُضَافًا إِلَيْهِ ، وَكَانَ عُمْرُهُ قَبْلَ رَفْعِهِ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ سَنَةً عَلَى الْمَشْهُورِ ، وَهَذِهِ السَّبْعُ تَكْمِلَةُ الْأَرْبَعِينَ ، فَيَكُونُ هَذَا مُدَّةَ مُقَامِهِ فِي الْأَرْضِ قَبْلَ رَفْعِهِ وَبَعْدَ نُزُولِهِ

Artinya : “Bahawasanya ditanggung akan pengertian tujuh tahun itu atas kadar tinggalnya di bumi selepas turunnya. Dan jadilah yang demikian itu yang ditanggungkan atas tinggalnya pada bumi sebelum angkat ke langit disandarkan kepadanya. Dan adalah usianya sebelum diangkat ke langit ialah tiga puluh tiga tahun atas pendapat yang masyhur. Dan tujuh tahun itu menyempurnakan akan empat puluh tahun. Maka jadilah ini (empat puluh tahun) masa tinggalnya di bumi sebelum angkat ke langit dan selepas turunnya ke bumi.” (Kitab Al-Bidayah Wa An-Nihayah)

Dan berkata Syeikh Ibnu Hajar :

يُقيم سبع سِنِين ، كَمَا صَحَّ فِي حَدِيث مُسلم. وَلَا يُنَافِيهِ حَدِيث الطيالسي أَنه يُقيم أَرْبَعِينَ سنة. لِأَن المُرَاد مَجْمُوع لبثه فِي الأَرْض قبل الرّفْع وَبعده؛ فَإِنَّهُ رفع وَسنه ثَلَاث وَثَلَاثُونَ سنة “.انتهى، من “فتاويه

Artinya : “Tinggal Nabi Isa a.s. selama tujuh tahun sebagaimana terang pada hadith Muslim. Dan tidaklah berlawan dengan hadith At-Toyalisi baginda tinggal selama empat puluh tahun dari kerana sungguhnya yang dikehendaki ialah himpunan masa tinggalnya di bumi sebelum angkat ke langit dan selepasnya. Maka sungguhnya ketika Nabi Isa a.s. diangkat ke langit usianya ialah tiga puluh tiga tahun.” (Kitab Fatawa Ibnu Hajar)

Kesimpulannya hadith yang menyebut Nabi Isa a.s. tinggal di bumi selama empat puluh tahun tidak berlawanan dengan hadith yang menyebut baginda tinggal selama tujuh tahun dari kerana yang dimaksudkan dengan empat puluh tahun itu ialah dicampur usia Nabi Isa sebelum diangkat ke langit dan selepas turun ke bumi.

Ketika diangkat ke langit usia baginda ialah tiga puluh tiga tahun dan selepas baginda turun ke bumi di akhir zaman nanti baginda sempat hidup selama tujuh tahun maka jadilah jumlah kesemua usia yang dilalui oleh baginda di bumi ialah empat puluh tahun.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus